Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Zizan Razak Dan Kekasih Di Eropah, Cinta Kini Bersemi?


Sehingga ke hari ini, ramai yang tertanya-tanya gadis manakah yang berjaya mencuri hati Zizan.. Banyak nama yang bermain di kepala penulis. Antaranya ialah Emma Maembong, Juliana Evans dan Kaka. Ketiga-tiga gadis ini memang cantik, menarik dan mampu mencairkan hati mana-mana lelaki. Namun daripada apa yang penulis perhatikan, Zizan paling mesra dengan Kaka.
Zizan dan Kaka bagi penulis mempunyai “chemistry” yang sangat hebat. Lagu duet nyanyian mereka berdua iaitu “Bawa Aku Pergi” memang meletup habis tahun lepas. Muka pun ada iras, perangai pun nampak sekepala. Agak-agaknya adakah mereka berdua sebenarnya dalam diam bercinta?

Malah dalam gambar-gambar photoshoot yang pernah diambil oleh mereka sebelum ini pun memang jelas terserlah kemesraannya. Kalau tak silap penulis, tak pernah nampak Zizan bergambar sebegini rapat dengan mana-mana perempuan lain. Mungkinkah Kaka mempunyai satu tempat yang istimewa di hati Zizan? Nampak macam iya lebih-lebih lagi apabila Zizan dan Kaka pergi ke Eropah bersama-sama baru-baru ini.


Kalau dah ke Eropah bersama-sama, mesti ada “something” yang sedang bercambah di hati Zizan dan Kaka. Namun korang jangan salah sangka. Mereka bukan pergi bercuti di sana. Tujuan utama ialah untuk merakamkan video klip Bawaku Pergi versi Eropah..
sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved