Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Aaron Aziz masih laku, dapat tawaran hingga April 2014


Apabila wajah aktor Aaron Aziz (gambar) jarang muncul di kaca televisyen sejak kebelakangan ini, ada yang membuat tanggapan populariti pelakon itu semakin menurun.

Sebenarnya Aaron, 37, yang kini bercuti bersama keluarganya di New York tidak lekang daripada tawaran berlakon sejak awal tahun hingga April tahun hadapan.

Menurut isterinya, Diyana Halik, selaku pengurus peribadi, sebelum mengambil keputusan bercuti, Aaron terlebih dahulu memenuhi tanggungjawabnya sebagai pengacara program Fear Factor di Capetown, Afrika Selatan, September lalu.

"Sekarang waktu dia bersama keluarga. Dia masih aktif cuma kebanyakan drama lakonannya pada tahun ini belum ditayang di tv. Antara drama lakonannya adalah Tentang Hati bersama Fasha Sandha dan Suamiku Encik Perfect 10 bersama Lisa Surihani.

"Selain berlakon, dia juga sibuk mengarah Kriptik yang merupakan filem arahan pertamanya, terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. Selain mengarah, dia turut berlakon dalam filem tersebut bersama Nabil Ahmad," jelas Diyana kepada Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, selain itu Aaron juga telah menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai pelakon dalam filem Tembus arahan Ahmad Idham di mana dia bergandingan dengan pelakon Indonesia, Luna Maya dan Nur Fazura.

Selepas ini pelakon yang nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz itu bakal menumpukan perhatian pada penggambaran filem Adam dan Hawa, ekoran kejayaan drama bersiri terbitan Global Station Sdn. Bhd. itu.

"Alhamdulillah, setakat ini rezeki Aaron dalam bidang seni tidak pernah putus. Cuma ada ketikanya, drama atau filem lakonannya lambat keluar dan sebab itulah wajahnya jarang dilihat di tv atau filem," jelas Diyana.
sumber: http://www.utusan.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved