Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Awal Bakal Tinggalkan Melodi?


Ada menyampaikan kepada kita yang rancangan infotainment popular TV3, Melodi akan bertukar pengacara. Terkejut juga kita mendengarnya kerana jika tak salah, pengacara sekarang iaitu Awal dan Zizan baru saja mengendalikan program popular itu.

Apabila ada yang menyampaikan berita ini, anggapan kita Zizan akan meninggalkan Melodi memandangkan kebelakangan ini dia ada banyak komitmen.

Lihat saja kesibukannya, yang harus mengacarakan dua program dalam satu hari iaitu Melodi dan Akademi Fantasia 2013. Selepas ini Zizan dijadualkan bakal sibuk dengan sesi latihan teater muzikal Bahayanya Wanita. Itu belum lagi jadualnya membabitkan kerjaya nyanyian dan juga filem yang menurut sumber, tawarannya sudah beratur dan menunggu pengesahan daripada pengurusan Zizan.

Bagaimanapun, penjelasan diberikan orang yang menyampaikan cerita ini kepada kita sangat mengejutkan kerana yang meminta untuk meninggalkan Melodi bukan Zizan sebaliknya Awal Ashaari.

Tanya kita mengapa, bukankah Awal sudah sinonim dengan Melodi? Jawapan diberikan, Awal ada tanggungjawab lain yang lebih besar. Tambah pula dia kini harus mengendalikan programnya sendiri, Awal Lagi. Kita juga mendapat perkhabaran yang dia juga sudah mengesahkan untuk terbabit dengan beberapa program dirancang Astro. Pengacara serba-boleh itu juga mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan selepas ini.

Begitu ceritanya. Tanya kita, siapa yang bakal menggantikan tempat Awal andai benar cerita yang disampaikan ini? Kata pihak yang menyampaikan berita ini, pihak produksi sudah pun menjalankan uji bakat dan mereka menilai dua artis popular, Amyza Adnan dan Rozita Che Wan atau Che Ta.

Mendengarkan dua nama ini, dalam hati kita berbisik. Cekap sungguh produksi Melodi apabila memilih dua artis ini menggantikan tempat Awal. Kalau dinilai dari sudut kemampuan, memang kedua-duanya ada bakat.

Amyza pernah diberi ruang mengendalikan rancangan infotainment Galaksi TV9 menggantikan Kiah Propa yang waktu itu cuti bersalin. Baru-baru ini apabila mengendalikan Melodi sebagai pengacara jemputan sewaktu Jom Heboh di Sarawak, ramai memuji kemampuannya. Dia juga pernah beberapa kali mengendalikan program gameshow dan terbaru, Woot! Woot! yang disiarkan di TV3.


Sementara Che Ta mula dikenali sebagai pengacara sejak terbabit dalam program Primadona di Astro Prima. Kemampuannya juga dipuji peminat dan dia mempunyai unsur humor selaku pengacara terutama apabila berbicara dalam dialek utara.

Apapun pada kita ini satu perkhabaran yang baik dan tidak sabar mengetahui siapakah yang dipilih produksi Melodi untuk digandingkan dengan Zizan. Tidak kiralah siapa dipilih, sebab pada kita baik Amyza mahupun Che Ta, mereka mampu membuatkan studio Melodi gamat.

Perubahan ini dikatakan bakal berlaku pada Januari tahun depan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved