Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Mamat Sedia Bertarung Dengan Sepahtu

pelawak, mamat sepah, pelakon, hiburan, Gossip Artis,

Pelawak yang merupakan bekas ahli kumpulan Sepah, Mamat kini kembali ke arena lawak dengan kumpulan barunya, Kucai yang akan dipertaruhkan untuk pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013). 

Kali ini, Mamat akan bergandingan dengan Munir dan Arin untuk memantapkan kumpulan tersebut. Walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan kumpulan Sepah, namun Mamat menyatakan dia masih berasa sayang dengan bekas kumpulannya itu.

“Saya masuk ke industri seni dengan kumpulan Sepah. Memang sudah terbiasa melakukan lawak secara berkumpulan. Jadi, saya rasa janggal jika beraksi solo di pentas MLM 2013,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian, hari ini.

Mamat juga mendedahkan dia boleh membaca dan menjangkakan lawak yang akan diketengahkan oleh Sepahtu yang dianggotai oleh Jepp, Shuib dan anggota terbaru mereka, Rahim.

“Saya risau (kerana) dapat mengagak apa yang Jepp dan Shuib bakal lakukan dalam setiap persembahan mereka kerana naluri kami bertiga sangat kuat,” jelasnya.

MLM 2013 akan mempertaruhkan sebanyak 16 pelawak yang bertanding untuk merebut gelaran Maharaja Lawak Mega yang pernah dimenangi oleh kumpulan Sepah dan Jozan sebelum ini.

Sebanyak 15 peserta berkumpulan sementara pelawak dan pengacara terkenal, Nabil akan beraksi solo dalam pentas lawak tersebut.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved