Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Cruise Nafi Abai Anak

CRUISE mendukung anaknya Suri ketika keluar bersiar-siar.

Walaupun sudah bercerai dan mempunyai jadual lakonan padat, Tom Cruise tetap rapat dengan anaknya Suri, kata pelakon itu dalam dokumen difailkan bagi kes saman fitnahnya terhadap penerbit sebuah majalah.


Dokumen sepanjang dua muka surat itu yang memperincikan hubungan rapatnya dengan anak perempuannya difailkan Selasa lalu terhadap Bauer Publishing Co. Bauer disaman berhubung dua laporan tabloid pada 2012 mendakwa beliau ‘mengabaikan’ anaknya. Artikel disiarkan dalam majalah Life & Style serta In Touch mendakwa Cruise sering tiada di sisi Suri kerana banyak terbabit penggambaran di luar negara untuk tempoh lama.

“Saya tidak pernah memutuskan hubungan dengan Suri, sama ada secara fizikal, emosi, kewangan atau apa cara lain sekalipun,” kata pelakon itu.

Katanya, walaupun terbabit penggambaran tanpa henti pada 2012 beliau berborak dengan anaknya itu setiap hari dan sering mengetahui perkembangannya melalui ibu kanak-kanak itu, pelakon Katie Holmes.

Peguam Cruise memohon supaya Bauer diarahkan mengakui tidak mempunyai sumber untuk menyokong dakwaan berkenaan.

Bagaimanapun, peguam Bauer mendakwa permohonan itu patut diketepikan. Mereka juga mendakwa memiliki laporan dan kenyataan daripada sumber rahsia yang mengatakan pelakon itu gagal hadir untuk hari pertama persekolahan Suri sedangkan beliau boleh menaiki kapal terbang ke New York untuk tujuan itu.
 - AP sumber: http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved