Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Tiket Penerbangan Nora Danish Ke London Rm25,000 - Duit Sendiri

Mesti ramai yang beranggapan teman tapi mesra Nora iaitu Nedim yang menaja tiket penerbangan tersebut. Namun jangan salah sangka, Nora Danish menggunakan duitnya sendiri untuk terbang ke sana.

nora london


Menariknya salinan harga tiket Nora Danish ke London telah diterima oleh Kosmo daripada seseorang. Mesti ada orang dalam yang teruja nak berkongsi informasi tersebut walaupun salah dari segi tatacara kerja. Kata Nora Danish:-

Saya kira pengirim itu sungguh tidak amanah dalam pekerjaan dia. Apa masalahnya dengan jumlah tersebut? Saya bayar pakai duit saya sendiri, bukannya Nedim. Saya bekerja keras dan punya wang sendiri. Saya mampu untuk membayar perbelanjaan tersebut tanpa tanggungan sesiapa.

nora london

Nora Danish memang bekerja keras. Berlakon filem pun banyak. Siap ada jual barang kecantikan lagi. Jadi setakat RM25,000 itu, mungkin celah gigi Nora je. Nora juga sempat bercerita mengenai “haters”nya yang nampak semakin bertambah sejak berkawan dengan Nedim.

Saya salahkan sosial media yang semakin meluas sebab dulu orang hanya mengutuk dalam blog-blog sahaja, tetapi kini secara depan-depan di dalam akaun milik kita pun mereka lakukan (ketawa). Haters (pembenci) suka cakap perkara yang mereka rasa tahu, tapi sebenarnya tak tahu apa.
Saya juga sudah kaji tentang pembenci saya, yang kebanyakannya terdiri daripada budak-budak, jadi saya abaikan sahaja mereka. Nedim juga tak kisah dengan keadaan ini, dia cool. Cuma dia risau saya dihentam teruk kerana dia memang seorang yang proaktif terhadap saya.

nora danish
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved