Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Katrina makin intim dengan Ranbir


Selepas paparazzi merakamkan gambar percutian Katrina Kaif dan Ranbir Kapoor di Sepanyol pada Ogos lalu hingga menimbulkan kemarahan bintang jelita itu, kini hubungan mereka semakin rapat dan tidak boleh berpisah walaupun sekejap.


Terkini mereka berdua berada di Sri Lanka kerana Ranbir sedang menjalani penggambaran filem arahan Anurag Kashyap berjudul Bombay Velvet. 

Menurut sumber dalam produksi itu, Katrina yang menemani kekasihnya itu seronok apabila dia dilayan seperti isteri ‘superstar’. 

“Dia sangat gembira dengan layanan yang diterima. Semua kru melayannya seperti dia sudah berkahwin dengan Ranbir. Nampaknya mereka sa­ngat serius dengan hubungan itu dan kalau tiada halangan bila-bila masa saja mereka akan berkahwin,” katanya.

Dalam pada itu, Ranbir yang terus sibuk berlakon daripada satu lokasi ke satu lokasi, bimbang filem lakonannya gagal di pasaran. Sebaik saja Bombay Velvet selesai penggambaran, Ranbir akan masuk ke set filem Jagga Jasoos secepat mungkin.

Jelas sumber itu lagi, dek kerana terlalu bimbang lakonannya dalam Bombay Velvet, Ranbir minta pengarah tunjukkan setiap babak lakonannya dan juga bahagian yang sudah disunting. 

“Dia mahu persembahannya dalam filem itu adalah yang terbaik kerana dia mahu mengulangi kejayaan filem komedi lakonannya, Besharam yang berjaya mendapat kutipan ‘box office’,” katanya.

Besharam diarahkan Abhinav Kashyap.


sumber: http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved