Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Asfan Terkilan Tidak Popular Berbanding Lagu

Asfan

Penyanyi Asfan agak terkilan kerana belum dikenali biarpun lagu-lagu ciptaannya sering diputarkan di radio selain turut menjadi lagu tema drama rantaian. Bagaimanapun, Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, 29, berkata, dia tidak pernah berputus asa dalam menghasilkan karya-karya terbaik dalam usaha memberi saingan dalam industri muzik tanah air.

"Agak terkilan juga bila orang lebih kenal lagu saya tapi tidak tahu siapa yang menyanyikannya. "Ia mungkin kesilapan saya juga kerana waktu lagu-lagu tersebut hit, syarikat rakaman dahulu kurang buat promosi dan tiada liputan media, malah strategi untuk mengangkat lagu tersebut juga kurang," katanya kepada mStar Online.

Asfan kini keluar dengan single terbaharu serta video klip berjudul, Alasan Untuk Bahagia

Asfan yang popular dengan lagu Terhenti Di sini dan Tak Cuba Kembali menganggap kegagalan memperkenalkan diri sebagai cabaran untuk dirinya bersaing sebagai penyanyi baharu semula.

Dia yang bakal keluar dengan single terbaharu berjudul Alasan Untuk Bahagia bertekad mengambil peluang yang ada meletakkan diri sebaris dengan rakan artis seangkatannya yang sudah lama mencipta nama seperti Noh (Hujan), Awi Rafael dan Hazama.

"Setiap kali saya keluar lagu baru, pendengar akan ingat itu lagu daripada penyanyi baru atau orang akan ingat lagu itu daripada penyanyi Indonesia," katanya. Dalam pada itu, dalam usaha mencari platform memperkenalkan diri, dia turut mencuba nasib dalam menjadi peserta Akademi Fantasia 2013, namun terpaksa menarik diri atas sebab tertentu.

"Pada mulanya saya ambil peluang bertanding di pentas AF 2013, namun terpaksa menarik diri kerana anak saya sakit. "Saya harap ada rezeki untuk lagu baharu Alasan Untuk Bahagia ini menjadi hit seperti lagu sebelum ini," katanya.
sumber:http://mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved