Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Episod Akhir Drama Love You Mr. Arrogant Ceceh 4.6 Juta Penonton

Episod Akhir Drama Love You Mr. Arrogant Ceceh 4.6 Juta Penonton
Tahniah diucapkan buat Drama bersiri ‘Love You Mr Arrogant’ yang sudah menamatkan siarannya minggu lalu. Drama yang hangat dan menyehtuh jiwa ini mencatat sejarah tersendiri apabila mengumpul jumlah penonton keseluruhan seramai 4.6 juta sepanjang siarannya dari jam 7 petang hingga 8 malam pada 7 November 2013.

“Alhamdulillah, sebuah lagi drama bersiri dari slot Akasia ‘Love You Mr Arrogant’ telah menerima sambutan yang sangat memberangsangkan dan menjadi buah mulut penonton Malaysia sejak bersiaran pada 25 September 2013.
“Petang di Malaysia kini bertukar kepada petang Akasia hanya kerana setiap petang bermula Isnin hingga khamis, semua penonton di Malaysia akan melekat di TV3 demi menonton slot Akasia kerana banyak drama-drama di slot ini menyimpan rekod rating tertinggi seperti Nora Elena, Tentang Dhia, Setia Hujung Nyawa, Teduhan Kasih, Cinta Jannah dan terkini Love You Mr Arrogant yang berjaya mencipta sejarah tontonan paling tinggi,” ujar Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin.
Drama Love You Mr Arrogant ini juga mendapat sambutan hangat di laman sosial, Twitter apabila setiap minggu ia menjadi ‘trending’ terutama episod terakhir di mana #LYMA trending paling atas di Malaysia.
Tahniah diucapkan buat semua pelakon dan sesiapa yang terlibat menjayakan drama ini. Kita saksikan pula drama seterusnya yang telah bermula
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved