Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Tunku Hanis Berkawan Dengan Anak Saudara Datuk K


Pernah dikaitkan dengan suami orang, Tunku Hanis atau lebih mesra dengan panggilan Hanis menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut. Namun dia mengakui sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang merupakan anak saudara kepada suami Datuk Siti Nurhaliza.

“Saya hanya sekadar berkawan dengan suami orang tersebut dan tidak menyangka gosip ini timbul. Saya sudah mempunyai teman lelaki yang berusia 30 tahun dan dia merupakan ahli perniagaan,” kata Hanis ketika ditemui di set penggambaran telemovie 'Cerita Sebenar Mengenai Bibah' pada Selasa.

Hanis berkata dia berharap agar hubungan cinta yang disulam selama setahun itu akan berakhir ke jinjang pelamin. Malah, dia juga mengakui yang mereka telah berjumpa dengan keluarga masing-masing dan berharap agar jodoh berpihak kepada mereka.

Berkongsi cerita yang membawanya ke dunia seni, Hanis berkata yang semuanya bermula ketika dia sedang jogging di kawasan rumah Rashid Sibir lantas ditawarkan watak tambahan. Menurut Hanis perasaan teruja dan berdebar bercampur baur ketika diberikan tawaran tersebut.

“Kebetulan ketika saya jogging di kawasan rumah Rashid Sibir tu mereka sedang menjalankan penggambaran. Saya sama sekali tidak tahu yang itu merupakan rumah Rashid dan apabila ditawarkan watak tambahan tu memang saya berasa sangat terkejut,” ujar Hanis lagi.

Hanis kemudiannya mengambil kelas lakonan tanpa pengetahuan keluarganya kerana mereka lebih mengutamakan pelajaran. Namun mereka akhirnya redha dengan keputusan Hanis untuk berlakon dengan syarat tidak mengabaikan pelajaran.

“Saya diberikan tajaan untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang di luar negara, bagaimanapun saya menangguhkan niat tersebut kerana minat dalam bidang lakonan. Saya tengah seronok berlakon pada masa ni tetapi pelajaran tu tetap penting,” ujar Hanis mengakhiri perbualan.

ooo ni ke ank sedara datuk k??





sumber- gua
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved