Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Harapkan yang terbaik - Adira


HUBUNGAN yang pada mulanya wujud atas dasar kerja mula mengorak langkah ke alam percintaan kini. Sungguhpun baru lapan bulan mereka bergelar pasangan kekasih khabar-khabar halus mula menerpa di telinga peminat mengenai impian pasangan ini untuk diijabkabulkan.

Timbul persoalan adakah secepat itu Adira mahu bernikah dengan kekasihnya, Shahrul Nasrun Kamarudin yang juga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M). Memberitahu secara jujur Adira menjawab, di kala umurnya kini menginjak 23 tahun ada sesuatu yang lebih penting dari perkahwinan iaitu karier nyanyiannya. Tidak mahu dibebankan dengan tanggungjawab berat hasil dari perkahwinan buat masa ini, Adira percaya akan tiba masa yang sesuai nanti dia membuka hatinya.

"Secara jujurnya saya masih belum bersedia untuk berkahwin. "Saya lihat perkahwinan sebagai satu tanggungjawab yang besar dan masih ada baki impian yang perlu saya laksanakan sebelum mahu berkahwin.
Tidak menolak dia dan Shahrul mengharapkan yang terbaik dari hubungan ini, Adira bagaimanapun masih meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada jodoh yang ditentukan Allah.

"Sama seperti pasangan lain, kami juga mengharapkan yang terbaik untuk hubungan ini. "Kalau sudah jodoh kami, dengan izinNya nanti pasti ada khabar gembira, cuma waktunya saja, saya tidak tahu bila," katanya tersenyum.

Mengakui tidak mempunyai niat untuk meletakkan hubungan ini di pasaran populariti, bagi Adira, dia bersyukur kekasihnya itu juga tidak mempunyai masalah untuk melihat hubungan dikongsi dengan peminatnya.

"Sebenarnya bukan niat kami untuk mengembar-gemburkan hubungan ini, malah bukan niat kami juga untuk menyorokkan dari sesiapa. Kami cuma tidak mahu merahsiakan apa-apa. "Bila sudah berada di tahap ini, kami berdua hanya mahu menjadi diri kami sendiri. Kerana tahu sejauh manapun hubungan ini disorokkan sampai masa orang akan tahu juga," katanya.

Berada dalam dua bidang yang berbeza, bagi Adira ia bukan masalah kerana dia dan kekasihnya itu mempunyai pandangan yang sama dalam banyak perkara. Bersyukur dengan keadaan hubungannya kini, Adira percaya perjalanan mereka masih jauh. "Kami berkenalan ketika sedang bekerja, di mana masing-masing juga faham dengan kerjaya yang dilakukan kini, tidak timbul masalah dia tidak faham saya atau saya tidak faham dia.

"Kami tidak melihat ini sebagai masalah sebab kita tahu hidup ini akan sentiasa ada cabaran, buat masa ini hubungan dalam keadaan baik, tetapi kita perlu tahu dalam mana-mana hubungan juga akan ada cabarannya," katanya. 


Lelaki matang jadi pilihan

Perbezaan umur serta kematangan yang ditunjukkan Shahrul menjadi sebab buat Adira terus menggapai cinta yang dihulur. Bagi Adira sisi kejujuran Shahrul juga sentiasa membuka hatinya untuk menerima jejaka tersebut.

"Saya sebenarnya suka lelaki yang lebih tua dari saya. "Kematangan itu yang penting, di kala umur saya ini saya tahu pengalaman seseorang itu akan mampu membantu saya untuk berada di landasan yang betul," katanya.

Dikatakan sering terlibat dengan kempen yang dilakukan kekasihnya itu, timbul persoalan siapa yang menggunakan siapa kini. Benarkah Adira menggunakan kekasihnya itu demi karier, atau Shahrul pula menggunakan populariti Adira untuk menjayakan kempennya itu.

Menjawab soalan ini dengan rendah diri, Adira percaya ada salah faham yang menyebabkan peminat membuat andaian sebegitu. "Sungguhpun bidang kami berbeza, tetapi kepentingan kami mempunyai impak yang sama buat masyarakat. Menerusi kerjasama inilah kami berharap segala usaha untuk belia dapat direalisasikan. Soal siapa guna siapa tidak timbul memandangkan bukan saya sahaja yang terlibat tetapi beberapa artis lain juga.

"Saya menerima setiap tugasan melalui Astro, dan jika Shahrul mahu menggunakan perkhidmatan saya juga dia akan melalui proses yang sama," katanya. Meletakkan masa sebagai penentu setiap keputusan akan datang, Adira bersetuju untuk memberitahu keluarganya juga menerima hubungan cinta ini dengan baik.
"Mereka semua terima dengan baik soal hubungan ini.

"Rasanya sebelum ini juga mereka tidak terlalu memaksa soal ini, cuma ada perkara yang perlu saya rujuk untuk mendapat restu sama seperti orang lain tiada bezanya," katanya tersenyum.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved