Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Angah Raja Lawak Kini Bergelar Penerbit

Angah Raja Lawak 

Kami sebenarnya bangga dan tumpang gembira apabila golongan artis yang berani untuk melangkah lebih jauh dalam karier yang mereka ceburi ini. Ia sekaligus membuktikan bahawa mereka punyai misi dan visi untuk memajukan diri ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
 
Salah seorangnya, Angah Raja Lawak, 35, atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim yang kini sudahpun menubuhkan produksinya sendiri bersama pengarah filem, Ismail Bob Hasim iaitu Shapeway Entertainment Sdn. Bhd.
 
Secara tidak langsung, beliau kini bergelar penerbit program, memetik laporan myMetro Online.
Untuk pengetahuan semua, program terbitan pertama syarikatnya iaitu Warung Angah bakal menemui penonton bermula 13 Oktober nanti melalui saluran Astro.
 
“Saya juga menampilkan pengacara undangan iaitu Along Cham pada setiap episod. Selain itu, ada juga episod istimewa yang kami tampilkan beberapa artis undangan lain untuk menyemarakkan lagi program ini.
“Lokasi penggambaran program ini dilakukan di pasar malam atau pasar tani sekitar Lembah Klang. Sesi rakaman dibuat pada awal Julai lalu,” katanya.
 
Angah turut menjelaskan bahawa karier seninya masih berjalan seperti biasa, namun lebih fokus pada program TV yang dihasilkan produksinya. “Menyusul selepas ini, produksi saya akan menghasilkan program bual bicara mengenai Islam sebanyak 13 episod yang berkonsep santai berjudul Anta Tanya Ana Jawab.
 
“Saya bertindak sebagai hos dan Ustaz Haslin atau dikenali Ustaz Bollywood selaku penceramah. Penggambaran program ini akan berlangsung pada 22 hingga 30 Oktober ini dan lokasi rakaman ialah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),” jelas beliau. 
 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved