Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Rahsia Diana Daniele Kekal Langsing Selepas Bersalin


Pelakon terkenal, Diana Danielle boleh dikatakan jarang membuat penampilan di majlis-majlis terbuka sejak melahirkan bayi sulungnya pada bulan Julai yang lepas.

Diana Danielle kelihatan sangat langsing dan semakin cantik seperti anak dara walaupun selepas melahirkan seorang anak yang comel.
Diana Danielle mendedahkan kenapa beliau boleh mengekalkan keanggunan dirinya adalah disebabkan kadar metabolisma di dalam badannya yang tinggi tanpa mengamalkan apa-apa petua.
Namun begitu, Farid Kamil menambah Diana tidak menjamah nasi sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah ke hari ini.
“Saya pernah berjanji kepada Diana untuk memastikan bentuk badannya kekal seperti asal selepas berkahwin. Dan disebabkan itu, dia kena ikut prosedur saya.
Sewaktu mengandung, Diana tidak makan nasi dan lauk kari langsung. Dia cuma makan buah-buahan dan protein seperti ikan salmon untuk memberikan zat yang cukup kepada bayi.
Selepas bersalin pun dia tak makan nasi, belum boleh lagi. Tunggulah dalam masa enam bulan nanti,” kata Farid Kamil.
Tidak cukup dengan itu, penerbit filem itu turut menyekat perbelanjaan makanan ringan Diana sewaktu belajar di Australia bagi mengawal pemakanan isterinya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved