Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Foto Mesra Rody Kristal & Teman Wanita?



Sebelum ini agak jarang cerita-cerita peribadi mahupun kerjaya seni ahli kumpulan Kristal bukan? Kalau ada pun sekitar pertengahan Mac lalu, itu pun berkaitan program Versus 2 yang disertai oleh mereka.

Namun begitu, baru-baru ini, pemain gitar kumpulan tersebut, Rody dilihat aktif berkongsi beberapa foto mesranya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Zazarinna.

Melalui perkongsian foto tersebut, Rody dan wanita itu kelihatan sangat mesra dan mereka dilihat sering menghabiskan masa terluang bersama.

Meskipun kemesraan jelas terpancar diwajah kedua-dua pasangan ini, akan tetapi Rody lebih selesa menggelar Zazarinna sebagai kawan ataupun teman baiknya sahaja.



Bagaimanapun, meneliti ruang komen yang terdapat pada foto tersebut, rata-rata pengikut serta teman Rody bersetuju jika suatu hari nanti mereka disatukan dan lebih menarik lagi apabila ramai yang berpendapat wajah mereka seiras.

Walaupun ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini, akan tetapi Rody dan Zazarinna lebih selesa untuk berdiam diri dan membiarkan teman-teman berteka teki mengenai status sebenar hubungan mereka.

Apa pun, jika benar mereka bercinta, diharapkan semoga hubungan tersebut akan terus berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Dengan itu, di sini kami selitkan beberapa foto mesra Rody dan Zazarinna untuk tatapan anda semua. Jom layan!







sumber= oh bulan
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved