Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

GAMBAR PRA PERTUNANGAN JULIA PEREZ


Bagi mereka yang mengikuti perkembangan peribadi pelakon seksi dari seberang, Julia Perez, 33, atau lebih mesra disapa sebagai Jupe, pastinya sudah sedia maklum dengan berita mengenai persediaan pelakon tersebut dalam meniti hari bahagianya bukan?


Justeru itu, sekitar minggu lepas, Jupe telah mula mengadakan sesi photoshoot untuk pra pertunangannya bersama jurufoto profesional, Rio Photography yang diadakan di Pulau Kelor, Jakarta, Indonesia.
Julia Perez Seksi
Sepanjang sesi photoshoot tersebut berlangsung, Jupe telah menggayakan gaun jarang berwarna putih rekaan Billy Tjong. Gaun tersebut juga dikatakan akan digayakan oleh Jupe pada hari perkahwinannya nanti.
Bercakap kepada agensi berita Indonesia, Jupe memaklumkan bahawa, sepanjang sesi photoshootitu berlangsung, kekasihnya, Gaston Castano tidak dapat hadir bersama kerana sedang berada di negara asalnya, Argentina atas urusan peribadi.
Namun begitu, pasangan tersebut telah merancang untuk mengadakan sesi photoshoot seterusnya yang akan diadakan sekitar negara Eropah dalam masa terdekat.
Mengulas lebih lanjut mengenai undangan perkahwinannya pula, Jupe menjelaskan bahawa, dia tidak akan membazirkan wang dengan mencetak kad undangan perkahwinan seperti lazimnya, malah aktres ini lebih selesa untuk mengundang teman-temannya menerusi laman sosial sedia ada sahaja.
Menurut Jupe, kaedah tersebut dilihat lebih efektif dan relevan. Selaras dengan peredaran teknologi pada masa kini.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved