Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Diana Amir Umum Tarikh Kahwin

Diana Amir
PETALING JAYA: Pelakon Diana Amir mengesahkan akan berkahwin dengan tunangnya iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman pada Oktober ini.

Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 27, ini berkata, pihak pengurusannya iaitu Metrowealth Sdn Bhd (MIG) akan mengadakan satu sidang media khas di pejabat syarikat berkenaan bagi memaklumkan mengenai perkara itu pada petang Jumaat ini.
“Pihak pengurusan saya akan mengadakan satu sidang media untuk majlis perkahwinan tersebut pada Jumaat ini dan semua keterangan tentang majlis akan diberitahu ketika sidang media itu nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.
Dalam perkembangan lain, Diana mengakui kini agak kurang mengambil tawaran berlakon kerana watak yang tidak sesuai dengan imej bertudung.
“Sekarang tiada watak yang sesuai dengan imej yang bertudung, jika ada sekalipun ada babak yang perlu buka tudung yang mana memang saya tidak mahu berbuat demikian.
“Insyaallah kalau ada skrip yang betul-betul sesuai dan tidak perlukan saya buka tudung saya akan terima,” katanya.
Tambahnya, dia yang kini mengendalikan program bual bicara SIS di TV9 mengakui lebih selesa dengan bidang pengacaraan berbanding lakonan.
Dalam perkembangan lain, Diana juga sibuk menguruskan perniagaan pakaian miliknya iaitu Diana Amir Exclusive selain melakukan kerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Melindai Looi – Mstar Online
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved