Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Rapper Terkenal Jay Z Jadi Kaya Kerana Edar Dadah

Jay Z - "Saya Seorang Pengedar Dadah!"

PENYANYI dan penerbit hip hop, Jay Z boleh digelar individu terkaya dalam industri muzik 
Hollywood.

 Namun, jangan terkejut jika kami katakan kemasyhuran dan kekayaan yang dikecapinya merupakan hasil teknik perniagaan yang dipelajarinya semasa menjadi seorang pengedar dadah!


 Ia diakui sendiri oleh suami kepada penyanyi, Beyonce itu dalam satu temubual bersama majalah Vanity Fair baru-baru ini.

 “Saya tahu mengenai bajet. Saya seorang pengedar dadah.
 “Dalam perniagaan dadah, anda harus tahu apa yang anda belanjakan dan pulangan yang anda dapat,” ujarnya.

 Beliau berkata demikian sewaktu menceritakan pengalamannya sebagai pengedar kokain sekitar tahun 1980an di lorong-lorong New York sebelum mengecapi kejayaan sebagai penerbit muzik.

 Jay Z atau nama sebenarnya John Carter memulakan kariernya sebagai penyanyi rap sebelum menjadi individu paling berpengaruh dalam industri hip hop.

 Bagaimanapun, beliau kini menyesal dengan apa yang pernah dilakukannya dan mengaku bertanggungjawab atas kematian ratusan orang.

 “Pada waktu itu, saya tidak fikirkan kesannya kepada komuniti. Saya hanya berfikir untuk memperbaiki situasi dan membeli pakaian,” katanya.

 Nasib baiklah Jay Z tidak pernah tertangkap sewaktu menjalankan kerja-kerja kotornya itu. Kalau di Malaysia, mungkin beliau sudah ke tali gantung agaknya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved