Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

MERIAH ARTIS-ARTIS POPULAR TANAH AIR SAMBUT TAHUN BARU 2014



KL, 2 JAN 2014: Selamat tahun baru 2014 di ucapkan kepada semua pembaca atau pelayar. Haaa bagaimana dengan sambutan tahun baru anda? Mesti meriahkan? Yelah, tak silap banyak tempat di sekitar lembah Klang telah mengadakan beberapa acara ambang tahun baru yang dimeriahkan dengan persembahan artis dan acara percikan bunga api.

Seperti orang lain, artis juga ramai yang mengambil kesempatan untuk menyambut tahun 2014 ini. Menerusi foto-foto yang dikongsikan selebriti tempatan di dalam laman sosial Instagram mereka, lihat masing-masing memilih lokasi yang berbeza-beza untuk menyambutnya. Bukan sahaja di dalam negara, tidak kurangnya yang ke luar.

Meskipun sudah berhijab, ianya tidak menghalang penyanyi, Mizz Nina dan suaminya, Noh Salleh untuk meraikan tahun baru di konsert Ambang 2014 anjuran AmBank Group di Putrajaya. Mizz Nina ke situ bukan sahaja untuk meraikan tahun baru, malah dalam masa yang sama menemani suaminya yang bersama kumpulan Hujan untuk membuat persembahan di konsert tersebut.

Selain sambutan di Malaysia, terdapat juga selebriti yang mengambil kesempatan menyambutnya di luar. Antaranya Sazzy Falak bersama suaminya, Nash Idrus yang menyambut tahun baru di Bali, Indonesia. Sazzy bukan sahaja berdua dengan suaminya, sebaliknya mereka bersama dua anaknya sekeluarga ke sana untuk bercuti.

Seperti Lisa Surihani dan Yusry pula, mereka sendiri telah bertolak ke London sejak seminggu yang lalu untuk bercuti sebelum kemudiannya terbang ke Amerika Syarikat pula bagi meraikan tahun baru.

Menerusi foto dari laman Instagram yang Murai Batu lihat, mereka sanggup menunggu dari petang hingga ke malam hari semata-mata untuk menyaksikan kemuncak tahun baru di Taman Tema Magic Kingdom,Walt Disney World Resort. Namun penantian mereka berbaloi kerana menerusi gambar percikan bunga api yang di kongsikan sangat menarik.

Berbeza dengan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, Murai Batu khabarnya mereka ke London untuk berbulan madu dan bercuti. Bukan sahaja bercuti, malah dalam laman sosial Instagram Wawa Zainal turut memberitahu mereka akan menyambut tahun baru di sana, dalam entrinya menulis ‘ Waiting for new year eve celebration’.

Tahun ini ramai yang menyambut tahun baru di luar apabila tidak ketinggalan, pelakon jelita, Fazura juga menyambut tahun baru di Las Vegas bersama rakannya berkulit putih di sana. Ia nya di lihat di dalam Instagram, Fazura nampaknya bercuti sakan di sana apabila sudah berada di Amerika Syarikat sejak 24 Disember 2013.

Tak kisah lah bagaimana cara sambutan tahun baru mereka, asalkan ianya masih berpada-pada. Selamat datang tahun 2014!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved