Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Aaron Aziz Terkilan Tidak Sempat Berlakon Dengan Azean Irdawaty


Pelakon Aaron Aziz mengakui terkilan kerana hasratnya untuk belakon bersama Allahyarham Azean Irdawaty tidak kesampaian. Aaron berkata, seniwati tersebut merupakan antara pelakon yang diimpikan untuk berlakon bersama sejak bergelar anak seni di negara ini.

"Ketika berada di Hong Kong, saya mendapat berita tentang pemergian Allahyarham dan rasa sangat sedih kerana tidak dapat menziarahi pegebumiannya. "Azean merupakan pelakon yang saya kagumi dan berharap untuk berkerjasama, namun hasrat untuk bekerjasama dengan Allahyarham tidak kesampaian," katanya kepada mStar Online.


Tambah Aaron, sebagai pelapis dalam industri, peluang berlakon dengan pelakon-pelakon veteran sangat dinantikan bagi menimba lebih banyak ilmu lakonan. Katanya, dia lebih komited dan fokus apabila digandingkan dengan pelakon veteran bagi memberi yang terbaik.

"Saya pernah berlakon dengan Datuk Jalaludin Hassan dan rasa sangat berbeza terutamanya daripada segi fokus dan komiten yang mereka tunjukkan. "Kita akan rasa lebih serius kerana tidak mahu malu terutama daripada segi penghafalan dialog dan disiplin," katanya.

Secara tidak langsung, Aaron berkata, dia banyak belajar perkara baharu dan berkongsi pengalaman dengan pelakon-pelakon yang sudah lama dalam industri seni tanah air. Tambahnya lagi, selain Azean, dia berharap dapat bekerjasama dengan seniman Tan Sri Jins Shamsuddin dan Asmah Laili.

Sementara itu, Aaron yang bakal munculk dengan telefilem Oh My English!-Hello Americamengakui penglibatannya dalam drama siri bercorak pendidikan itu berjaya menarik lebih ramai peminat kanak-kanak bangsa lain selain Melayu.

"Selepas membintangi drama Oh My English! ramai peminat kanak-kanak bukan Melayu yang menegur saya di luar termasuk ibu bapa mereka yang menonton rancangan itu," katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved