Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

NURUL DEPP AKHIRNYA DEDAHKAN WAJAH BABY Z!


KL, 2 JAN 2014: Sejak melahirkan bayi pertamanya bersama suami, Eric Depp pada 3 Oktober lalu, penyanyi Nurul Wahab atau kini dikenali sebagai Nurul Depp belum pernah sekali mendedahkan wajah puteranya itu. Malah sejak besalin, Nurul hanya menunjukan sebahagian wajah atau anggota badan bayinya itu sahaja. Nurul juga selalu menggunakan hashtag #babyZ terhadap foto yang dimuat naik bersama bayinya.

Namun kini semuanya terjawab apabila dalam laman sosial Instgram miliknyanya malam semalam, Nurul bukan sahaja mendedahkan wajah bayinya itu malah turut memperkenalkan nama sebenar putera sulungnya. Dalam entri Instagram yang dikongsi bersama foto bersama bayi dan suaminya itu adalah: “Salam, Selamat Tahun baru 2014, dengan rendah hatinya, kami memperkenalkan ini Baby Z atau dikenali sebagai Zachary Depp. Untuk gambar- gambar lain sila ke nuruwahabdepp.WordPress.Com”

Yang pasti, ramai peminat Nurul teruja dapat menatap wajah anaknya buat pertama kali. Memang cute. Mana taknya , wajahnya dan kulitnya punya kacukan darah Perancis dari bapanya. Nurul memang mahu mencari masa yang sesuai untuk perkenalkan bayinya kerana tidak mahu terlalu berkongsi mengenai perihal peribadinya.

Apa-apa pun tumpang bahagia melihat Nurul dan suaminya yang begitu seronok dan teruja menerima kehadiran ahli keluarga yang baru.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved