Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Sudah-sudahlah Ganggu Keluarga Kami - Aeril Zafril

Itulah antara penegasan pelakon, Aeril Zafril, mengenai kenyataan yang dikeluarkan pemilik Metrowealth International Group (MIG), David Teo terhadap isterinya, Wawa Zainal.


Sebelum ini, David menerusi sebuah akhbar online memberitahu akan memanggil artis naungannya, Wawa bagi menyelesaikan masalah berhubung isu pengurusan isterinya Wawa Zainal.

Jelas David, Wawa tidak boleh lari daripada MIG dengan begitu sahaja memandangkan kontraknya masih berbaki setahun lagi.

Kata Aeril Zafril lagi, Wawa telah menghantar surat kepada MIG sebagai makluman untuk menarik diri di bawah label MIG.

"Dua bulan lalu, Wawa telah menghantar surat untuk berhenti kerja, namun tiada sebarang maklum balas daripada pihak MIG.

"Saya sendiri tidak tahu kenapa dia masih memerlukan Wawa sedangkan banyak lagi artis residen lain yang perlu dijaga.

"Sudah-sudahlah mengganggu kami sekeluarga. Kami hanya mahukan privasi dan Wawa tidak pernah lari seperti yang didakwa. Lagipun, tiada sebarang projek atau promosi filem yang melibatkan Wawa di bawah syarikat itu setakat ini," kata pemilik nama, Suhairil Sunari, 27, ini.


Tukar Pengurusan, David Teo Panggil Wawa Zainal

Akui tawar hati dengan sikap pemilik syarikat gergasi itu, Aeril memberitahu bahawa Wawa kini menjadi tanggungjawabnya termasuk dalam kerjaya seni.

Menurut Aeril, dia kini mengambil peranan dan tanggungjawab dalam menguruskan kerjaya seni Wawa Zainal.

"Wawa isteri saya, jadi biarlah saya yang tentukan kerjayanya. Lagipun, dia tidak perlu bekerja keras lagi kerana saya ada untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.

"Namun, Wawa akan bekerja dengan izin saya dan kini dia hanya terlibat dalam karya-karya di bawah terbitan syarikat saya bersama rakan kongsi, Expected Citizen Sdn Bhd.

"Namun, jika ada tawaran dari luar, Wawa akan meminta keizinan saya terlebih dahulu. Saya tiada masalah sekiranya ia sesuai dengan Wawa.

"Untuk bersama MIG, saya tiada masalah, namun Wawa sendiri yang tidak mahu lagi. Malah, dia tidak merasakan MIG sebagai majikannya lagi. Ia adalah keputusan Wawa sendiri," katanya yang kini terlibat dalam beberapa penggambaran drama dan telefilem di RTM.

Selain itu, Aeril juga turut menghasilkan filem terbitan syarikatnya sendiri, 354 Nafas.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved