Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Najwa Latif Sudah Terbiasa Dengan Jadual Padat

Najwa sudah terbiasa dengan jadualnya yang sentiasa padat.

Penyanyi Najwa Latif mengakui sudah terbiasa dengan rutin hariannya yang sentiasa padat dengan pelbagai aktiviti termasuk komitmenya terhadap pengajian diUniversiti Tun Abdul Razak (UNITAR).

Najwa, 18, berkata, dia tidak tertekan kerana baginya, perancangan dan penyusunan jadual amat penting bagi memastikan pengajian dan bidang nyanyian berjalan seiring tanpa sebarang masalah.

"Saya sudah lali dengan rutin yang padat dan Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan lancar walaupun kadang-kala agak penat tetapi saya puas dapat melakukan perkara yang saya suka.

"Sebelum berpindah ke Kuala Lumpur saya sudah terbiasa dengan rutin sebegini malah lebih teruk kerana perlu berulang-alik dari Batu Pahat, Johor ke ibu kota sebelum pulang untuk ke sekolah pada keesokkan harinya," katanya kepada mStar Online.

Tambah Najwa, dia juga bertuah kakaknya, Syafiqah Latif dan pengurusnya, Azahari banyak membantu dalam menguruskan jadualnya dan memastikan dia tidak ponteng kuliah.


Penyanyi kecil molek ini bakal tampil dengan singleterbaharunya berjudul Hilang pada Februari ini.

"Saya sudah menamatkan dua semester di peringkat asas di UNITAR dan setakat ini pengajian berjalan lancar dan pada masa sama aktif dalam bidang nyanyian," katanya.

Jelasnya lagi, selepas tamat peringkat asas di universiti itu, Najwa berhasrat untuk menyambung pengajiannya dalam program Ijazah Sarjana Muda, Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan hubungan dengan bapanya yang sebelum ini dilaporkan tercalar, Najwa tetap dengan pendiriannya untuk tidak bercakap soal peribadi terutama yang melibatkan keluarganya kepada umum.

Najwa berkata, kisah mengenai keluarganya tidak perlu menjadi tumpuan orang ramai dan lebih selesa bercakap mengenai soal kerjaya.

"Tidak elok saya ulas mengenai soal peribadi terutamanya yang melibatkan keluarga kerana ia bukan untuk tatapan umum dan lebih selesa jika bercakap mengenai soal kerjaya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najwa berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul Hilang pada awal Februari ini.
sumber:http://mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved