Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Nur Fazura Jawab Hubungan Dengan DJ Luar Negara


Jika anda merupakan peminat dan pengikut setia Nur Fazura di laman sosial, pastinya perasan dengan keterbukaan dramatis ini berkongsi beberapa keping foto bersama seorang lelaki yang juga merupakan DJ popular di Los Angeles.

Difahamkan, hubungan Fazura dan DJ bernama Randy Seidman itu telahpun menginjak usia setahun dan mengakui mereka kini sedang berkawan rapat.

Bagaimanapun, pelakon cantik ini menafikan wujudnya perasaan cinta antara mereka dan lebih selesa bergelar sahabat baik.
Dia kawan baik saya. Boleh dikatakan yang dia kawan lelaki yang paling rapat dengan saya sekarang tapi tidak bermakna kami bercinta. Kami kenal sejak setahun lalu. Ya, dia kagumi saya dan saya pun kagumi dia. Saya rasa tak salah kalau kita nak kagumi kawan kita.

Dalam masa yang sama, Fazura turut menjelaskan bahawa pemergiannya ke Amerika Syarikat baru-baru ini bukanlah untuk berjumpa Randy semata-mata.

Saya pergi bercuti ke LA bukanlah sebab semata-mata nak jumpa dia. Dari dulu lagi saya memang menyimpan hasrat nak bercuti ke Amerika. Sebelum ni saya lebih kerap bercuti di negara Eropah.
Sepanjang saya di Amerika, dia menjaga dan melayan saya dengan baik. Mungkin sebab saya banyak upload gambar dia, jadi orang hanya nampak dia sahaja. Padahal saya ada juga beberapa kawan lain di sana.

Namun begitu, Fazura mendedahkan dirinya tertarik dengan sifat Randy yang bijaksana dan sangat menghormati wanita walaupun berlainan bangsa dan agama.

Dia seorang yang bijak dan sangat menghormati wanita. Sikapnya yang sentiasa positif secara tak langsung banyak memberi insipirasi kepada saya. Dia seorang yang unik. Bila bersama dengan dia, saya sentiasa nak menjadi individu yang lebih baik.

Beralih kepada soal kerjaya pula, pemilik butik House of Doll ini dijangka akan kembali beraksi di layar perak dengan sebuah filem terbaru berjudul Kami Histeria pada 6 Februari 2014.

Berbeza dengan watak-watak yang dibawakannya sebelum ini, peminat bakal menyaksikan Fazura mengubah karakternya menjadi hantu langsuir yang menyeramkan dan lawak dalam masa sama.

Antara pelakon lain yang turut menjayakan Kami Histeria ialah Diana Danielle, Nad Zainal, Mila Jirin, Sara Ali, dan Umie Omar. 

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved