Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Izzue Islam, Malu Tapi Mau!

Pelakon dan penyanyi Izzue Isalm membuat pengakuan kepada media yang dia sebenarnya malu apabila digandingkan dengan pelakon wanita terutamanya bila membabitkan watak pasangan kekasih atau suami isteri.

Izzue Islam, Malu Tapi Mau!

Tapi, menurut Izzue Islam lagi, perasaan segan itu hanya akan dirasai ketika pertama kali mahu mengenali pelakon wanita yang digandingkannya, malah beliau sebenarnya tiada masalah untuk wujudkan chemistry dalam lakonan selepas itu.

"Saya sebenarnya memang segan untuk berlakon watak sebagai pasangan kekasih atau suami isteri dengan pelakon wanita , lebih-lebih lagi pelakon yang baru saya kenal.

"Namun, saya tidak ada masalah untuk mewujudkan chemistry dengan pelakon wanita selepas itu. Ini kerana perasaan malu itu hanya di permulaan sahaja dan kemudiannya saya akan cuba wujudkan keserasian itu sebelum memulakan penggambaran," katanya kepadawartawan.

Izzue Islam memberitahu perasaan segan itu timbul ketika dia mula-mula dikehendaki untuk menjadi pasangan kekasih kepada pelakon, Adrea Abdullah dalam filem tersebut.

"Mula-mula tu segan juga dengan Adrea kerana kami tidak pernah kenal dan berjumpa sebelum ini, tapi setelah lama berkenalan dan berbual dengannya, Adrea ternyata seorang yang pandai berkomunikasi dan selesa untuk dibuat kawan," jelasnya lagi.

Jadi, itulah yang dikatakan, malu tapi mau...hehehe
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved