Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Tahniah, Nurul Wahab Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah diucapkan kepada Nurul Wahab diatas kelahiran orang baru secara normal, iaitu bayi lelaki seberat 3.026 kg yang digelar "Baby Z" pagi tadi.

Tahniah, Nurul Wahab Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Menerusi blognya, Nurul Wahab sempat mencatatkan sedikit rasa syukur beliau menerusi laman blognya dengan kelahiran orang baru ini.
Syukur Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan baby ‘Z’ jam 10:28 pagi tadi. Baby sihat dan begitu juga aku. Baby ‘Z’ dilahirkan secara normal dan beratnya 3.026 kg. semuanya okay. Aku sakit tak lama. Bermula jam 10:30 malam semalam – 1 jam sekali sakitnya – jam 3 pagi langsung ke hospital.  Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku. syukur..syukur..

Di kala ini, keletihan melanda dan aku masih di computer riba menulis entry ini untuk memberitahu semua yang sememangnya menunggu kehadiran baby kedua aku, dan pertama bagi Eric. Aku tak sempat siapkan semuanya sebelum ini utnuk mengumumkan berita gembira ini.

Aku tak tahu wajah siapa… baru dua jam.. tapi yang nyata kami sangat  gembira dengan kelahiran ini. Ayu di Johor akan mendapat berita ini selepas waktu sekolah nanti. Hari ini hari kurang stress Ayu kerana paper PMR agak senang padanya iaitu English & Geografi. Namun tetap juga aku risau kerana bimbang dia buat salah dek  terasa mudah. Ayu bakal pulang 11 Oktober dan aku pasti dia tak sabar nak habiskan PMR dan pulang ke KL!

 Penuh emosi pagi ni especially dari ibu bapa mertua. Maklumlah kali pertama mendapat cucu. Roland & Germaine sangat bangga menjadi grandy! Soon aku akan letakkan gambar ya. Not today! Baby is here & I have to go.

Terima kasih sekali lagi di atas doa kalian. Aku amat hargainya. Semoga Allah rahmati semua peminat ku! Amin..
Apapun tahniah diucapkan kepada pasangan Nurul Wahab dan suaminya Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis. Nurul dan Depp telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012.

Hasil perkahwinan pertama Nurul dengan komposer terkenal Ajai, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, berusia 15 tahun.
Sumber:kezoom

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved