Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Halle Berry dapat bayi lelaki

Aktres terkenal Hollywood, Halle Berry dan suaminya, Oli- vier Martinez mengesahkan yang mereka telah menimang cahaya mata lelaki pada Sabtu lalu. 

Halle Berry yang berkahwin pada Julai lalu 
selamat melahirkan anak lelaki pada Sabtu lalu.

Menurut akhbar dalam talian, E! News, aktres berusia 47 tahun itu melahirkan bayinya di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di sini.

Bayi tersebut merupakan anak kedua Berry. Sebelum ini dia mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun dengan bekas teman lelakinya, Gabriel Aubry.

Berry dan Aubry pernah terlibat dalam kes hak penjagaan anak perempuan mereka itu pada tahun 2012.

Kelahiran baharu itu merupakan anak pertama pelakon Perancis, Martinez. Dia berkahwin dengan Ber- ry pada Julai lalu.

Dalam perkembangan berasingan, stesen televi- syen CBS menyatakan bahawa Berry akan membintangi sebuah drama bersiri terbaharu pada musim panas akan datang.

Pemenang Oscar tersebut akan menjadi bintang utama drama seram bertajuk Extant yang mempunyai 13 episod.

Berry akan memainkan watak sebagai seorang angkasawan yang cuba menghubungi semula ahli keluar- ganya sejurus dia pulang ke bumi selepas setahun berada di angkasa lepas. -AP
sumber:http://mygosiphub.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved