Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

KL Gangster 2 Sudah Kutip RM3 Juta!



Umum tahu sebelum ini industri hiburan tempatan dikejutkan dengan rompakan filem KL Gangster 2 oleh pihak tidak bertanggungjawab, sehingga menyebabkan pengarahnya, Syamsul Yusof merasa sangat tertekan dan kecewa.

Meskipun insiden tersebut berlaku sebulan sebelum tarikh sebenar tayangan KL Gangster 2 di pawagam, akan tetapi dengan berkat usaha serta kegigihan Skop Production dan Grand Brilliance, filem tersebut berjaya mendapat kutipan yang tinggi, RM3 juta dalam tempoh lima hari tayangan, bermula 3 Oktober lalu termasuk tiga hari tayangan awal pada 27 hingga 29 September.

Berita gembira itu turut dikongsikan oleh pengurus besar Grand Brilliance Sdn Bhd, Tengku Iesta Tengku Alaudin menerusi laman sosialnya beberapa jam lalu.


Antara adegan yang terdapat dalam filem KL Gangster 2

Tahniah diucapkan buat pihak produksi yang terlibat. Nampaknya dengan kejayaan ini, ia sekaligus membuktikan bahawa penonton masa kini sudah semakin matang dan bijak untuk menilai kualiti sebenar karya seni anak muda tempatan seperti Syamsul Yusof.

Dalam pada itu, mungkin dengan kehadiran barisan pelakon-pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Adi Putra, Aaron Aziz, Zizan Razak serta Riduan Hashim turut dijadikan sebagai salah satu tarikan utama penonton untuk melihat aksi-aksi hebat mereka di pawagam berbanding di dalam CD.

Bagaimanapun, diharapkan dengan kutipan tertinggi filem KL Gangster 2 ini, sedikit sebanyak ia akan membakar semula semangat Syamsul untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih hebat di masa akan datang.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved