Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Chevrolet Milik Jimmy Shanley Di Temui Rentung

Sebuah kereta Chevrolet hitam yang dipercayai milik Jimmy Shanley ditemui dalam keadaan rentung oleh orang awam berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, Ipoh hari ini.


Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar telah menerima maklumat lebih kurang jam 7.30 pagi selepas mendapat panggilan daripada orang awam.


Kata beliau lagi, sepasukan anggota peronda yang dikejarkan ke tempat kejadian menemui kereta berkenaan yang dilaporkan hilang di Simpang Pulai kira-kira tujuh jam yang lalu.

“Pihak kami bertindak mengenal pasti nombor casis pada kenderaan tersebut dan melakukan semakan susulan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui pemiliknya,” katanya.


Tambah Kong Soon, kereta itu sebelum ini dilaporkan hilang malam semalam di Simpang Pulai, sebelum laporan dibuat Jimmy di Balai Polis Simpang Pulai.


Katanya, sehingga kini polis tidak menemui sebarang objek yang digunakan suspek untuk membakar kenderaan tersebut dan tiada barang milik mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.

“Kes tersebut kini diambil alih oleh IPD Ipoh dan Jimmy akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat,” katanya.
sumber:Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved