Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Botoks hilangkan bau ketiak


BAU busuk ketiak seringkali tidak menyenangkan pemiliknya begitu juga individu yang berada di sekeliling mereka.

Kalau kita tidak membersihkan liang-liang yang ada pada badan setiap hari, tubuh kita akan berbau. Mengeluarkan peluh juga merupakan satu bentuk meditasi yang baik untuk otak kita.

Hakikatnya semua orang punya bau badan akibat proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada cara tubuh bekerja supaya kekal sihat.
Kelenjar ekrin bertanggungjawab menghasilkan air peluh kerana ia bersambung terus hingga ke permukaan kulit. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan kumuhan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Kelenjar apokrin pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak daripada peluh yang dirembeskan kelenjar ekrin.

“Kelenjar apokrin ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak dan kemaluan. Kelenjar itu mengandungi sebum iaitu rembesan berlemak yang mengawal dan melicinkan rambut, bulu, serta kulit,”


Individu yang gemar memakan daging, telur, ikan dan kekacang dalam kuantiti yang banyak selalunya mempunyai bau badan yang busuk. Kesemua makanan itu mengandungi kolina yang tidak mudah dihadam melalui proses metabolisme.

“Minum kopi atau minuman berkafein serta mengambil makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih dengan kerap juga menjadi punca bau ketiak,

Cara merawat masalah bau ketiak ialah dengan menggunakan cecair pencuci yang mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur antipeluh. 

“Jika masalah itu terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar apokrin pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botoks,
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved