Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Aktres Lily Collin carian paling bahaya di laman web


NEW YORK - Syarikat keselamatan perisian McAfee menyenaraikan pelakon Lily Collin (gambar) sebagai carian aktres paling berbahaya di laman web.
Menurut syarikat tersebut, Collin yang membintangi filem Mirror, Mirror dan The Mortal Instruments: City of Bones dikatakan aktres paling berisiko besar membawa pengguna ke laman web tidak bermoral.

Pada tahun lalu, pelakon Emma Watson berada dalam senarai teratas carian paling berbahaya.
Selebriti wanita adalah carian paling berbahaya yang akan membawa penguna ke laman tidak bermoral.
Selebriti Avril Lavigne, Sandra Bullock, Kathy Griffin dan Zoe Saldana juga tersenarai dalam lima teratas.
Pelakon filem Mad Men, Jon Hamm merupakan satu-satunya pelakon lelaki yang tersenarai dalam 10 teratas carian berbahaya.
Pengguna boleh dibawa ke laman web tidak bermoral jika melakukan carian umum dan klik pada link yang meragukan.
Risiko untuk tersasar daripada carian juga akan meningkat apabila pengguna menambah perkataan seperti aplikasi percuma dan gambar bogel. - AP
sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved