HUBUNGAN cinta Nelydia Senrose, 19, dengan pengacara popular, Qi Razali bukan lagi rahsia. Terbaru, pelakon Cinta Jannah ini dikatakan sanggup ke Argentina untuk bertemu Qi yang masih dalam urusan kerja di sana.
Spekulasi ini tercetus apabila gambarnya yang berlatar suasana luar negara dimuat naik menerusi Instagram miliknya. Meskipun Nellydia masih berdiam diri, namun kakaknya, Uqasha Senrose tampil memberi penjelasan.
“Nelydia masih di sini. Dia tidak ke mana-mana pun,” kata kekasih Pekin ini. Ketika ditanya mengenai hasrat adiknya untuk menyambung pelajaran di luar negara, Uqasha berkata, dia dan keluarga tidak pernah menghalang keputusan itu.
“Dia memang ada beritahu mahu sambung belajar. Tetapi, buat masa ini keadaan tidak mengizinkan. “Dia sangat sibuk dengan kerjayanya sekarang,” jelas Uqasha.
Sebelum ini, Qi Razali atau nama sebenarnya, Qushairi Razali, 35, membuat pengakuan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Nelydia walaupun pernah menafikan perkara itu.
Akui masih mengenali hati budi masing-masing, Qi turut memberikan hadiah sebentuk cincin kepada buah hatinya sebagai hadiah hari jadi – Sinar Harian
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment