Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Dazrin Kamaruddin Telah Bertunang Dengan Amyra Rosli (TAHNIAH)

Pelakon Dazrin Kamaruddin mengakui telah pun bertunang dengan Amyra Rosli, yang juga merupakan seorang pelakon.



Mereka berdua sudah pun berkawan selama 3 tahun dan pertunangan ini menunjukkan bahawa Dazrin adalah seorang yang mempunyai cita-cita dan masa depan. Kata Dazrin:-

Ya, saya sudah mengikat tali pertunangan bersama Amyra Rosli. Saya bertunang dengan dia pada 25 Ogos lalu. Saya dan dia sudah tiga tahun berkawan. Saya rasakan pertunangan saya dengan dia merupakan langkah seterusnya yang saya ambil setelah bersahabat dengannya dan juga sebelum kami melangsungkan perkahwinan


Ditanya apakah ciri-ciri Amyra Rosli yang membuatkan hatinya terpikat, Dazrin berkata:-

Amyra seorang yang baik dan peramah. Dia pandai menjaga hati saya. Cara layanan dan cara dia menjaga saya membuatkan saya tertarik. Apa yang penting, dia merupakan seorang yang ‘family person’. Itu yang sangat penting bagi saya. Dia sangat rapat dengan keluarganya dan cara dia melayan keluarganya sangat baik dan bersopan santun. Dia juga sangat mesra dan melayan keluarga saya dengan begitu baik sekali

Sweet kan? Semoga hubungan pertunangan ini akan bersambung ke perkahwinan dalam masa terdekat. Berhati-hati melayari alam pertunangan, banyak cabaran dan dugaan. Lagi beberapa gambar pasangan ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved