Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

“Sebatlah Aku Kalau Nak… Tudung Sorry…Takkan Pakai!”


SUDAN – Mahkamah Sudan menangguhkan hukuman ke atas seorang wanira, Amira Osman Hamed selepas dia ingkar dengan undang-undang di negara berkenaan yang mewajibkan wanita Islam memakai tudung.


Kes berkenaan ditangguhkan pada 4 Oktober ini. Sabit kesalahan, dia yang didakwa di bawah artikel 152, berdepan hukuman sebatan. Peguam belanya, Moezz Hadhra, sebelum ini merayu pendakwaan ke atas wanita itu digugurkan.

Amira, seorang jurutera komputer yang telah bercerai dan mempunyai syarikat sendiri menyifatkan undang-undang berkenaan mensasarkan maruah penduduk Sudan. “Undang-undang ini telah menukar wanita Sudan daripada menjadi mangsa kepada penjenayah,’’ katanya.

Dia rela disebat demi mempertahankan haknya untuk tidak memakai tudung. Amira ditahan polis selepas melawat sebuah pejabat kerajaan di Jebel Aulia di Khartoum tanpa bertudung pada 27 Ogos lalu.
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

azam said...

Berani betul baru seksaan dunia seksaan akhirat Allah je yang tahu. Semoga Allah memberikan hidayah


22 September 2013 at 12:57

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved