Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Pasangan suami isteri selebriti berclubbing

Penulis tak tahu nak kata apa dah dengan pasangan selebriti ni. Nak kata jahat, tidak semua orang tu dikatakan sempurna, ye kan. Kadang-kadang ada juga kesilapan dan kelalaian yang terjadi, tak kira pangkat dan darjat. Si isteri dalam gambar ni tak pasti pula time mengandung atau belum lagi. Aish, harap-harap kita selepas ini muhasabahkan diri yer. Kalau mengandung, si isteri kenalah jaga kesihatan anak dalam kandungan tue. Wallahualam. Zzzz..


HarianMetro: “Kami tak minum arak itu!” tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.
Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.
“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.
“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.
“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.
“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.
Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.
“Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.
Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.
“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu,” katanya – Beautifulnara
Ranking: 5

{ 6 comments... read them below or add one }

Dr. Ahmad Budiman Husain said...

Que Haidar ni apa nak jadi ya sbg suami. Biar isteri buka aurat didepan khalayak ramai. Di akhirat u kena jawab and tanggunglah.


22 September 2013 at 16:14
Dr. Ahmad Budiman Husain said...

Apa nak jadi dgn Que Haidar sbg suami yg beragama Islam ni. Biar isteri buka aurat didepan khalayak ramai. Pastu mcm rasa bangga pulak. Di akhirat nnt u jawab dgn Allah swt ya.


22 September 2013 at 16:17
Dr. Ahmad Budiman Husain said...

Apa nak jd dgn Que Haidar sbg suami ni. Biar isteri buka aurat di depan khalayak ramai. Nmpk mcm rasa bangga pulak dia. Di akhirat nnt u jawab dgn Allah swt ya.


22 September 2013 at 16:19
miemos mie said...

tolong pegang rokok org lain hahahah ,mkn mlm dgn mentua pakai baju camtu ke?hahahahah kelakar


23 September 2013 at 00:05
acik eve said...

insyallah nnti ad la ptande utuk artis2 tanah air ni untuk berubah . kalau dowg still mcm tu jgk bia la dowg yg nngungnye . dowg pon tw rse nye nnti nk pilih mne neraka or syurga . so kalau dowg still sme mcm tu jgk neraka la jwpnnya . ape yg pnting skarang ni jge la isteri 2 . awk 2 artis malaysia . dh berkeluarga . renung2 kan la .


23 September 2013 at 01:55
Anonymous said...

porshhh cit... kenapa tak ckp arak dlam mulut saya tu bukan saya punyya... kawan saya yang punya sbb dia yang belanja... memang artis 1 mALaysia sehabat hollwod


23 September 2013 at 10:56

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved