Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Luka Tembakan Disangka Haid

Tembak

Hayward – Satu pasangan suami isteri California tidak melaporkan bahawa anak perempuan mereka kena tembak selama lima jam kerana menyangka luka itu adalah darah haid, kata polis.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu sedang tidur di rumah apabila satu peluru sesat daripada tembakan ‘langgar dan lari’ terkena punggungnya pada awal 2 pagi Khamis lalu, kata pegawai polis, Sarjan Mark Ormsby. Tingkap kereta yang diletak di depan rumah pasangan itu pecah manakala tembakan lain kena rumah.

Apabila anak mereka terjaga dan menjerit kesakitan, pasangan itu mendapati seluar dalamnya berlumuran darah dan menganggap ia petanda datang haid.
Mereka juga tidak menemui kesan menunjukkan anak mereka kena tembakan ketika memeriksanya di bilik mandi.

Ormsby berkata, apabila kanak-kanak itu masih sakit ketika bersedia untuk ke sekolah ibu bapanya terjumpa kesan tembakan itu.
Doktor memberitahu penyiasat, kesan tembakan peluru itu agak kecil menyebabkan ibu bapanya menyangka anak mereka datang haid.

Kanak-kanak itu masih dirawat di hospital dalam keadaan baik, kata Lt. Mark Stuart. Polis tiada motif dan belum ada tangkapan dibuat. – AP/AGENSI
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved