Seorang lelaki di Sri Lanka mendakwa tidak pernah menjamah makanan sejak lima tahun lalu meskipun pakar percaya manusia hanya dapat hidup selama dua bulan tanpa makanan.Lelaki berkenaan, Kirby de Lanerolle, mendakwa dia hanya memerlukan udara segar sebagai makanan.
Kirby juga berkata, kehidupan yang dilaluinya itu dapat melambatkan proses penuaan, sekali gus memanjangkan usianya.Dalam satu temubual dengan rancangan televisyen Taboo USA, Kirby berkata, sumber tenaga semulajadi adalah lebih baik daripada memasukkan makanan berkalori ke dalam badan.
Dia bagaimanapun mengaku pernah sekali makan makanan yang mengandungi 500 kalori kira-kira 10 bulan lalu namun dakwanya, makanan itu telah menjadikannya sakit.“Dalam keadaan ini, jika saya makan makanan, ia membuat saya berasa penat,’’ katanya.
Menurut portal odditycentral.com, Kirby merupakan penagih dadah ketika berusia 16 tahun.Dia pernah merangkul pingat emas dalam kejohanan menembak peringkat kebangsaan untuk junior pada 1995 dan juga seorang usahawan yang berjaya.Jelas Kirby, dia berbuat demikian selepas membaca mengenai manusia yang tidak makan selama enam tahun dan tidak minum air selama 40 hari 40 malam.Selain itu, juga juga yakin dengan penulisan seorang guru yang menyatakan bahawa kanser, diabetis dan jantung adalah disebabkan oleh makanan.-mynewshub.my
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment