kenyataan yang menampakkan betapa pentingnya Aiman Ridza Hakim atau lebih mesra disapa Hakim terhadap aktres semakin meningkat naik, Fathia Latiff.
Mula dilihat intim ketika trip kerja ke Paris, Fathia Latiff yang ditemubual wartawan Kosmo! memberitahu mereka berdua masih lagi di dalam fasa perkenalan namun begitu di satu akhbar mingguan Fathia sudah mengaku bercinta. Biasalah.
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Fathia memberitahu sikap yang ada pada Aiman yang jujur membuat Fathia selesa berkawan dengannya & turut memberitahu dia amat selesa digandingkan bersama dengan Aiman di dalam mana-mana penggambaran.
“Ya, kami memang rapat tapi belum ada sebarang perancangan. Aiman lelaki kedua selepas ayah saya!” simpul Fathia yang seperti memberi gambaran bahawa Aiman sebagai lelaki penting dalam hidupnya.”
Bercakap mengenai drama terbaru lakonan mereka, Diandara kini sudah pun bersiaran di slot Lestary TV3 setiap hari Selasa bermula jam 9 malam.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment