Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Anita Baharom Lebih Tenang Selepas Bertudung




Pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri 'Dunia Baru', Anita Baharom mendedahkan yang dia kini berasa lebih tenang selepas mengenakan tudung semenjak beberapa bulan yang lalu.

"Alhamdulillah, kini selepas bertudung, saya rasa lebih tenang. Sebenarnya, saya sudah lama berniat untuk mengenakan hijab. Namun saya tak tahu bila masanya. Beberapa bulan yang lalu, suami saya yang merupakan seorang penerbit di sebuah stesen televisyen menjalani penggambaran di Tanah Suci Mekah dan perubahan saya bermula selepas mendapat pengalaman di sana," jelas Anita memulakan perbualan.

"Hati saya tergerak untuk mengikut sekali suami saya ke sana. Tujuan saya bukanlah hendak 'kacau' suami menjalani penggambaran tetapi saya memang sudah lama pasang niat ke Mekah. Alang-alang suami saya mahu ke sana, jadi saya sudah mempunyai mahram untuk menunaikan ibadah Umrah. Alhamdulillah, saya mula mengenakan tudung ketika berada di lapangan terbang sebelum berlepas ke Mekah sehinggalah ke hari ini," tutur Anita lagi.



Anita menjelaskan sebelum dia berangkat ke sana, dia sudah memasang niat untuk memakai tudung. Di sana, Anita berdoa di hadapan Kaabah dan dia bersyukur dapat meneruskan niatnya untuk bertudung. Jikalau dahulu agak berat untuk dirinya melaksanakan hasrat itu, namun semenjak pemergiannya ke Mekah, terasa semacam mudah untuk meneruskan niat murninya itu.

"Alhamdulillah, Allah beri apa yang saya mahukan. Saya sedang berusaha perlahan-lahan untuk menjadi seorang muslimah sejati. Saya lebih menjaga Solat dan menjaga batas pergaulan. Saya harap hijrah saya seiring dengan ibadah," cerita Anita yang ditemui di Anugerah Lawak Warna di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Anita juga mendedahkan yang dia menolak sebuah tawaran untuk menjadi pengacara dalam sebuah rancangan selepas dia bertudung. 

"Saya ada menerima tawaran untuk menjadi pengacara sebuah rancangan sebelum saya bertudung. Namun begitu, selepas saya memakai tudung, saya maklumkan kepada mereka saya sudah bertudung. Tetapi mereka mahu saya tampil mengacara dengan mengenakan turban. Jadi, saya tolak tawaran tersebut dan menganggap itu bukan rezeki saya," cerita Anita lagi.

Bercakap mengenai sambutan Syawalnya, Anita menyatakan yang tahun ini mereka sekeluarga menyambut Aidilfitri secara serdehana sekali. Hari ini (25 Ogos) Anita sekeluarga bertolak ke Sydney, Australia untuk bercuti dan berhari raya di rumah kakaknya yang tinggal di sana.


sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved