Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Senarai penuh 49 kongsi gelap didedahkan KDN.

Senarai penuh 49 kongsi gelap didedahkan KDN.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).



Selain itu, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Berikut adalah senarai penuh pertubuhan haram itu:

Bil
Nama Pertubuhan
Lokasi Aktiviti
1
Geng 04
Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur
2
Geng 08
Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka
3
Double 7
Seluruh Semenanjung Malaysia
4
Tiga Line
Dikesan aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak
5
Geng 30
Seluruh Semenanjung Malaysia
6
Geng 38
Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru
7
Geng 24
Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor
8
Geng 18
Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor
9
Geng 36
Jumlah keanggotaan dianggarkan seramia 8,512 orang dan aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
10
Geng 21
Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
11
Ang Soon Thong
Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
12
Wah Kee
Aktif di tujuh kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor
13
Sio Sam Ong
Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor
14
PNEH
Aktif di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor
15
Hong Hong San
Dikesan bergiat di dua kawasan sekitar Kuala Lumpur
16
Hai San
Aktif di Perak
17
Siang Ang Bin
Aktif di Kuala Lumpur
18
New Cell 20
Aktif di Perak
19
Jit It Hai
Kumpulan kini wujud di tiga kawasan iaitu di Johor, Kuala Lumpur dan Perak
20
Sio Koon Tong
Bergiat di satu kawsan saja iaitu di Johor
21
Gee Lam Kor
Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
22
Gee Ah Eng
Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur
23
Loh Kuan
Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur
24
Tiang Yee Tong
Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
25
Geng Leng Hor
Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
26
Geng 35
Dikesan sangat aktif di 32 kawasan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang
27
Geng 303
Dikesan sangat aktif di kawasan Selangor
28
Geng Satu Hati
Beroperasi di kawasan Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air
29
ATAP
Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah
30
Hung Ann
Kumpulan ini aktif di daerah Tawau, Sabah
31
Sui Yuk
Kumpulan ini aktif di daerah Penampang, Sabah
32
Otai
Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah
33
Borneo Red EMP
Kumpulan ini aktif di Petagas dan Jumbo, Sabah
34
Ah Ngau
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
35
Batu Tiga
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
36
Ah Feng
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
37
Batu 10
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
38
Sibu Ti
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
39
Ah Seng
Kumpulan ini aktif di Sarekei, Sarawak
40
Ah Chin
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
41
Lee Lung
Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
42
Lo Han
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
43
Sg Merah
Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
44
Sg Badut
Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
45
Ting Ching Lee
Kumpulan ini aktif di Bintulu, Sarawak
46
Tua Cak Lee
Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
47
Teksi Station
Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
48
Pintu Merah
Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
49
Krokop
Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved