Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Selepas dadah, rumahtangga Benjy pula hancur...


















KUALA LUMPUR - Setelah bercerai dan rujuk semula lima tahun lalu, pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim 
atau Benjy akhirnya sah bercerai talak satu dengan isterinya Safiya Stephanie Kar-Leng Lee
di Mahkamah Syariah di sini semalam.

Lafaz cerai tersebut dilakukan oleh Benjy di hadapan Hakim Syarie, Khairul Azwadi Mohamed Noor 
di bawah Seksyen 47(3) Undang-Undang Keluarga Islam 1984 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pelakon yang mencetuskan kontrovesi kerana pernah ditahan sekali lagi berhubung kes dadah 
pada 2 Julai lalu itu turut mengaku masih lagi berkawan

Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Benjy, 35, iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan 
bahawa anak guamnya bersetuju untuk berpisah dengan baik.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan peguam syarie, Hazirah Othman yang mewakili Safiya, 30, 
kedua-dua pasangan itu menikah pada 9 Februari 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata, 
Firdaus Benjamin, 7.

"Mereka pernah bercerai talak satu pada Julai 2008 dan rujuk semula pada hari yang sama. - KOSMO!
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved