Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Perangai Buruk Tapau Makanan Di Rumah Terbuka



SEBELUM ini, sebuah akhbar ada melaporkan tentang tindakan memalukan segelintir orang yang tergamak ‘menapau’ makanan ketika menghadiri rumah terbuka.

Kemungkinan besar, mereka yang melakukannya kurang arif tentang konsep rumah terbuka yang diadakan bagi menjamu tetamu yang datang berkunjung bagi merapatkan ukhuwah sempena lebaran, bukan pesta makanan percuma ‘siapa cepat dia dapat’.
Kelakuan ini kurang beradab ini didapati berulang ketika majlis rumah terbuka anjuran Tun Mahathir semalam.
Terdapat pengunjung, sesetengahnya kelihatan agak berusia turut mencedok lauk pauk untuk dibawa pulang. Mungkin mereka dah terbiasa dengan majlis yasin ketika di kampung di mana makcik-makcik yang hendak pulang biasanya akan dibekalkan dengan lebihan lauk pauk selepas majlis berakhir agaknya.
Sesungguhnya ini adalah sikap yang amat memalukan, lebih-lebih lagi apabila aksi anda ketika mengaut lauk ditangkap dan beredar di laman-laman sosial. Nampak macam ‘hadap’ sangat makanan percuma gayanya.
Harap tiada lagi yang meniru perangai buruk menapau makanan rumah terbuka di musim-musim rumah terbuka sepanjang Syawal selepas ini.


sumber mynewshub
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved