KUANTAN – Sebuah syarikat jualan perabot dan barangan elektrik, Courts Mammoth, di sini, sudah
menghentikan pengedaran risalah iklan mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik
sejak beberapa hari lalu.
Jurucakap Courts Mammoth berkata, pengedaran dihentikan setelah mendapat maklumat daripada
cawangan di Dungun, Terengganu dan kunjungan siasatan Jabatan Agama Islam Daerah Dungun berkaitan
Menurutnya, selepas mendapat maklumat mengenai percetakan kaligrafi kalimah tersebut,
Courts Mammoth cawangan Kuantan segera menghentikan pengedaran kepada orang ramai.
“Kami tidak mengetahui kaligrafi tersebut dicetak secara terbalik kerana menyangka hanya
kaligrafi biasa, sehinggalah dibaca melalui cermin, barulah jelas kelihatan satu kalimah syahadah.
“Kami begitu menghormati kalimah tersebut dan langsung tiada niat mempersendakannya,
kerana itu kami tidak lagi mengedarkannya kepada pelanggan,” katanya ketika disoal siasat
pegawai Jaip, di sini, semalam.
Katanya, mungkin hanya sesetengah pelanggan mempunyai risalah tersebut kerana Courts Mammoth
sempat mengedarkannya pada hari promosi bermula.
“Namun mungkin ada yang menerima risalah tersebut daripada pengedar kami yang sah menghantar
dari rumah ke rumah,” katanya.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Mohd Anis Mohd Azmi berkata, Jaip turut menasihatkan
orang ramai yang mempunyai bahan cetakan iklan mengandungi kaligrafi secara terbalik itu
menyimpannya sahaja.
“Walaupun risalah iklan itu salah disebabkan sengaja atau tidak ketika dicetak, ia sama sekali tidak
boleh diedarkan, namun mereka yang memiliki juga jangan membuangnya.
“Jika mereka yang memiliki risalah tersebut bertindak membuangnya merata-rata, ia boleh dianggap
satu penghinaan kerana tertera nama Nabi Muhammad SAW,” katanya.
Justeru itu katanya, Jaip akan berurusan terus dengan ibu pejabat syarikat Courts Mammoth untuk
mendapatkan maklum balas lebih tepat serta perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN)
dan Jabatan Kemajuan