Isu perkahwinan Wawa Zainal & Aeril Zafrel kini dalam perhatian Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan berkata pasangan itu mangsa kepada kontrak syarikat produksi yang melanggar hak individu untuk bercinta.
Bercakap melalui Berita Harian hari ini, Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden SENIMAN berkata syarat melarang artis bercinta dan berkahwin sepanjang tempoh kontrak dimeterai perlu dipandang serius kerana ia membabitkan hak individu.
“Jika dalam sesuatu kontrak artis bersama produksi mensyaratkan mereka tidak boleh bercinta, saya menganggap ia melanggar hukum Tuhan sekali gus mencabuli hak asasi manusia.
“Saya tidak nafikan, disebabkan kontrak seperti itulah membuatkan isu pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal timbul. Soal kontrak itu jugalah membuatkan mereka takut untuk bercinta hingga merahsiakan perkara yang baik bagi mengelak kemungkaran,” jelasnya.
Sebagai tindakan terhadap isu ini, Zed Zaidi berkata yang pihaknya akan mengkaji semula terma kontrak Wawa Zainal sebelum memberi kepastian adakah ianya menyalahi Akta Kontrak Malaysia 1950 — jika ya, kontrak tersebut sekaligus tidak sah.
“Kami akan mengemukakan kepada syarikat produksi terbabit & meminta mereka memansuhkan beberapa terma jika melanggar hak asasi manusia serta undang-undang negara,” tambahnya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment