Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Artis Ini Mengakui Pernah Menghina Wanita Bertudung Dan Kini Dia Pula Yang Bertudung.


Bersara, itu keputusan yang dibuat pelakon kontroversi Indonesia, Inneke Koesherawati, 37, setelah 22 tahun berkecimpung dalam dunia seni.

Berakhir sudah karier bintang yang terkenal dalam drama Buku Harian Baim ini. Dan tidak ada perkara yang boleh mengubah keputusan yang dibuat Inneke.

Manisnya Inneke bila bertudung
 
Namun timbul desas-desus mendakwa kononnya faktor peningkatan usia dan kekurangan tawaran lakonan menjadi punca Inneke tawar hati untuk terus berkecimpung dalam dunia lakonan.

Selain itu timbul juga khabar angin mengatakan bekas bintang filem panas pada tahun 90-an ini sebenarnya dikongkong suami, Fahmi Darmawansyah yang dinikahi sejak sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun semua khabar angin tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh Inneke yang menegaskan keputusan itu adalah atas kehendak dirinya dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Perkara pertama yang difikirkan Ineke untuk menamatkan karier seninya kerana merasakan dia sudah tidak sesuai lagi dalam dunia tersebut.

"Sejak saya bertudung pada 2001, saya terfikir untuk terus meninggalkan dunia hiburan. Tapi setelah berfikir masak-masak, saya pilih untuk mengurangkan aktiviti seni.

"Saya tidak mahu keputusan itu berlaku secara drastik. Biarlah secara perlahan-lahan. Selepas beberapa tahun jadi isteri barulah saya berani menyuarakan hasrat hati.

"Saya mahu membahagiakan suami dan menguruskan anak-anak sepenuh masa. Tak payah mengharapkan orang lain untuk menjaga darah daging sendiri.

"Jadi apa lagi... Selamat tinggal dunia lakonan," katanya.

Inneke berkahwin dengan Fahmi, anak lelaki kepada pemilik gedung Menara Shaidah pada 2 April 2004.

Mengulas tentang kehidupannya sebarang suri rumah sepenuh masa, bintang filem Di Bawah Langit ini memberitahu dia sedang menikmati saat terindah sebagai ibu.

Melayan kerenah kedua-dua permata hatinya ternyata menjadikan kehidupan Inneke lengkap dan lebih bermakna.

Merendah-rendahkan wanita bertudung Inneke mengakui pernah merendah-rendahkan wanita bertudung satu ketika dahulu.

Baginya wanita bertudung terdiri daripada golongan kolot dan tidak mengikuti peredaran zaman. Pun begitu tanggapan itu ternyata salah apabila ramai wanita bertudung yang berjaya.

"Bertudung membataskan seseorang daripada bergerak aktif tapi rupa-rupanya andaian saya salah. Bertudung bukan alasan untuk seseorang wanita jadi pasif.

"Wanita yang bertudung juga boleh berfesyen mengikut peredaran zaman. Tengok saja busana muslimah pada hari ini, ada macam-macam yang menarik.

"Lebih penting lagi saya merasai banyak ketenangan selepas bertudung. Banyak faedah yang diperolehi. Automatik hati saya sejuk dan nyaman," katanya.

Sumber 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved