Biar betul Ketiak dicium sebagai salah satu keperluan untuk menjadi seorang juruterbang? Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang juruterbang? Anda mungkin mengatakan penglihatan jelas, kesihatan baik dan mampu berbahasa Inggeris, tetapi nampaknya itu bukan ciri diperlukan oleh satu syarikat penerbangan China. Lain pula ceritanya di China apabila ketiak busuk tak boleh jadi pilot.
Syarikat Penerbangan Hainan memerlukan calon juruterbang tidak mempunyai bau badan. Syarikat itu mencetuskan kontroversi selepas menetapkan syarat tiada bau badan langsung kepada calon juruterbang.
Dalam temuduganya, staf syarikat akan datang dekat dengan calon juruterbang dan menghidu ketiak sekiranya ada bau yang tidak menyenangkan.
Seorang calon yang ditolak permohonannya berkata, “Saya lulus semua ujian kecuali bau ketiak.”
Pegawai syarikat mendakwa, staf di pesawat sentiasa berinteraksi dengan orang ramai. Penumpang tidak mahu berurusan dengan seseorang yang mempunyai bau badan terutama pekerja yang bekerja dalam pesawat.sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment