Beliau mungkin sudah berusia 43 tahun dengan 10 tahun pengalaman dalam dunia hiburan, tetapi Jennifer Lopez masih lagi mampu memberi saingan kepada artis-artis baru dengan gayanya yang tersendiri. Pelakon dan penyanyi ini muncul di tayangan promosi filem terbarunya, Parker dengan mengenakan pakaian rekaan Kaufman Franco yang begitu seksi.
Gaun putih labuh yang dipakainnya mempunyai bahagian-bahagian yang jarang mengikut bentuk tubuh pelakon jelita itu. Bahagian tersebut bermula dari belakang, tepi pinggang hinggalah ke kakinya. Dari ruang kecil yang jarang ini, jelas kelihatan Jennifer 'terlupa' untuk memakai seluar dalam untuk majlis malam ini. Memang tidak kelihatan langsung!
Walaupun gaun rekaan Kaufman Franco ini mempunya potongan hingga ke leher, tetapi ianya jarangan, memberi pandangan backless yang seksi ke atas tubuh Jennifer. Memakai pakaian yang terdedah bukanlah perkara baru buat Jennifer, bintang ini pernah mengenakan pakaian rekaan Versace yang amat seksi pada Grammy Awards pada tahun 2000 yang lalu.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment