Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Fara Fauzana Pernah Pelat Dan Lambat Bercakap

Fara Fauzana
Siapa sangka Penyampai Radio Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama enam tahun berturut-turut, Fara Fauzana pernah pelat sewaktu zaman kanak-kanaknya. Jika kanak-kanak peringkat tadika sudah mula bercakap dengan lancar, Fara pula lambat bercakap, memetik laporan Harian Metro.

Menurut ibunya, Faridah Abdul Jalil, 55, dia sendiri tidak menyangka anaknya itu akan berjaya sebagai penyampai radio dan pengacara pada hari ini. Bakat anak keduanya itu mula dikesan ketika bersekolah di Sekolah Rendah Seksyen 6, Shah Alam dan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya.

“Fara juga tidak pelat lagi ketika di sekolah rendah. Fara juga aktif ketika di sekolah dan me­nyertai pasukan dikir barat sekolah sehingga ke sekolah menengah. “Fara sangat minat dalam bidang seni sehingga dia ingin memohon jurusan seni persembahan di UiTM sebelum ini. Namun, saya tidak setuju dengan hasratnya itu hingga dia terpaksa memilih jurusan Komunikasi Massa (Perhubungan Awam),” katanya.

Sebagai seorang ibu, Faridah cukup berbangga dengan pencapaian anaknya itu dan mendoakan yang terbaik untuk karier dan kehidupan Fara. Berkenaan soal jodoh yang kerap kali ditanya kepada anaknya, dia menyerahkan segalanya kepada Fara kerana yakin gadis itu lebih tahu calon yang sesuai menjadi teman hidupnya nanti.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved