Bagaimanapun, menurut info terkini, Nubhan didakwa pula sudah mempunyai seorang kekasih baru. Tetapi bukan dalam kalangan selebriti, menurut Nubhan sendiri, gadis tersebut merupakan anak kepada seorang yang berpengaruh.
Menurut Nubhan, sebenarnya beliau tidak mahu percintaan ini diketahui orang. Katanya lagi,
"Pada dasarnya, pada pihak saya, saya tiada masalah. Saya boleh mengaku sudah ada kekasih, tetapi, saya kena hormat keluarga dia. Tidak semua orang boleh terima bila nama mereka keluar di laman sosial atau di dada-dada akhbar. Tambahan pula, keluarganya seorang yang berpengaruh. Jadi, saya minta maaf tidak dapat menyebut namanya.
Nubhan juga dikatakan telah berkawan dengan kekasihnya itu sejak lima tahun yang lalu dan mereka mulai bercinta sejak setahun lepas. Tambah Nubhan lagi, kekasihnya itu merupakan seorang pelajar bidang perubatan pergigian di sebuah universiti di Mesir.
Dalam pada itu, Nubhan akui bercinta jarak jauh memang sangat mencabar. Mereka telah lalui selama lima tahun dalam berkeadaan berjauhan, tetapi katanya, masing-masing faham dan setia antara satu sama lain.
Apabila ditanya hubungannya dengan Nana, Nubhan akui dia dan Nana hanya berkawan baik disebabkan jiwa mereka agak serasi.
sumber: Kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment