Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

8 Rahsia Kecantikan Wanita Korea


Seperti yang diketahui umum, kebanyakan wanita Korea sangat terkenal dengan kulit mereka yang sempurna dan licin. Mereka menghabiskan banyak masa dan wang dalam bab-bab penjagaan kulit mereka malahan mereka juga dikenali sebagai golongan yang amat peka dalam hal berkaitan penjagaan kulit.

Sudah semestinya wanita seluruh dunia iri hati terhadap kecantikan wanita di Korea Selatan kerana penampilan dan kulit mereka. Malah, apabila salah seorang pelakon Korea, Go Hyun Jung menerbitkan buku tentang rahsia kecantikan beliau bertajuk 'Tekstur Go Hyun Jung', ia merupakan 'best seller' dan semua salinan habis dijual hanya dalam masa dua hari selepas pelancarannya pada tahun 2011.

Walaupun negara tersebut turut dikenali dengan rata-rata penduduknya yang sanggup melakukan pembedahan plastik, namun tidak semuanya begitu. Terdapat juga wanita Korea yang menolak pembedahan plastik sebaliknya mereka hanya mengamalkan tip-tip seperti berikut. 


Penghidratan yang mencukupi
Masyarakat Korea percaya bahawa banyak minum air membantu untuk memperlihatkan kulit mereka bersinar, maka mereka akan memulakan hari mereka dengan meminum secawan air & percikkan air sejuk pada muka mereka selama beberapa minit. Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan benda yang paling penting dalam makanan mereka, jadi mereka ambil makanan dengan kurang natrium untuk mengekalkan penghidratan dalam badan mereka.


Mencuci, 'toning' dan melembap yang kerap
Mereka mempunyai cara yang unik untuk menggunakan produk penjagaan kulit kerana mereka percaya ia akan menghasilkan keputusan yang lebih baik.

Mencuci: pelakon Korea Selatan, Bae Suzy pernah mempromosikan teknik '424', di mana anda perlu membersihkan muka anda dengan minyak (kelapa, badam atau apa-apa minyak pembersihan) selama 4 minit, kemudian diikuti dengan pembersih berbuih selama 2 minit dan seterusnya bilas muka anda selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan akhiri dengan air sejuk untuk menutup semua liang dibuka.

'Toning': Mereka lebih suka memanfaatkan toner dengan menggunakan hujung jari untuk penyerapan yang lebih baik.

Pelembapan: Dengan menggosok kedua tangan bersama, kemudian letakkan ke seluruh muka dengan cara yang 'T'. 


Pek atau topeng muka
Pek atau topeng muka di Korea diperbuat daripada bahan-bahan yang telah dicuba & diuji sejak keturunan nenek moyang mereka. Rutin menggunakan dua topeng iaitu topeng pembersihan dan topeng penyegaran pada masa yang sama sekali seminggu membantu mengurangkan bengkak pada muka. Di samping itu, penggunaan topeng yang terdiri daripada serbuk kepompong ulat sutera dipanggil 'baekgangjam' bantu dalam memutihkan kulit. Jika tidak mahu membazir duit membeli pek yang telah siap, mereka juga membuat topeng buatan sendiri daripada putih telur dan campuran madu. 


Penjagaan leher
Pelakon Go Hyun Jung memakai krim pada leher dari rahang sehingga ke leher paras kolar seperti yang dinyatakan olehnya dalam buku untuk menjadikannya lebih efektif. 


Tidur cukup untuk tampil cantik
Mereka kebanyakannya mengamalkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 atau 8 jam kerana masa tidur penting untuk kulit yang sihat.


Produk penjagaan kulit
Jenama Asia semakin popular hari ini di seluruh dunia kerana ciri-ciri yang baik dan keberkesanannya. Sesetengah wanita di Korea Selatan menggunakan kira-kira 10-20 produk setiap hari untuk penjagaan kulit mereka. 


Senaman regangan muka
Ini adalah amalan biasa di kalangan para pelakon Korea Selatan, di mana mereka akan mengulangi 'Ma Me Mi Mo Mu' sebanyak 10 kali untuk penjagaan otot bibir & pipi. Di samping itu, regangan otot muka selaras dengan pernafasan juga disyorkan. 


Solekan yang halus dan tidak ketara
Mata hanya diminimum dengan corak warna yang lembut atas kelopak mata, serta gunakan 'eyeliner'.
Gunakan maskara untuk bulu mata yang lebih hitam.
Bulu kening tersusun rapi dengan gel kening.
Pemerah pipi berwarna merah jambu untuk menaikkan seri pipi.
Warna asli untuk bibir yang menggoda.


Ingat, rahsia kecantikan wanita di Korea Selatan yang paling penting ialah kurang solekan dan lebihkan penjagaan kulit.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved