Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Diana Amir Yakin Dengan Ilmu Agama Tunang


Setelah lebih setahun mengikat tali pertunangan, pelakon Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir, 27, memilih 25 Oktober ini untuk diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, seorang pensyarah, Mohd Habib Bullah A. Rahman, 26.

Kata Diana, mereka telah menentukan tempoh pertunangan selama setahun. Namun, tarikh pernikahan hanya dipilih sejak sebulan yang lepas memandangkan keduanya sibuk dengan komitmen kerja.


"Tak banyak persiapan yang dilakukan kerana saya ada komitmen kerja dan terpaksa keluar negara. Tunang pula bekerja di Kedah. Tapi Alhamdulillah, pihak MiG banyak membantu," kata Diana di majlis pengumuman pernikahannya di pejabat urusan MiG.


Memilih tema 'crystal garden', kata Diana, dia mengutamakan tuntutan agama terlebih dahulu dan meminta nasihat beberapa ustaz agar majlis berjalan mengikut syariat agama.

"Nikah ini mudah dan saya tak mahu menyusahkan pasangan. Agama juga menyarankan bahawa sederhana itu lebih baik. Sebab itu pernikahan saya nanti tiada dulang hantaran. Hanya senaskhah Al-Quran, cincin dan mas kahwin. Kami hanya ingin mengetengahkan ajaran Islam," jelas Diana.

Masih belum merancang untuk mengadakan majlis resepsi, tambah Diana, dia berharap majlis resepsi kedua belah pihak dapat dilangsungkan dalam tahun ini juga.


Berkongsi tentang kriteria yang ada pada Habib, jelas Diana, walaupun pensyarah jurusan Political Science and Asean di UiTM Merbok, Kedah itu bukan seorang ustaz, namun Diana yakin dengan ilmu agama yang dimilikinya.

"Walaupun dia bukan seorang ustaz tapi dia pernah belajar di Maktab Mahmud. Saya yakin dengan ilmu agama yang dimilikinya; dia mampu membimbing saya. Dia juga sering menjadi semangat ketika saya melalui saat-saat sukar," kata Diana.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo berharap majlis perkahwinan Diana yang dilangsungkan secara sederhana dapat menjadi contoh buat artis lain serta masyarakat.


"Saya ibarat ayah angkat kepada Diana. Apabila dia kata sudah jumpa pilihan hati, saya akan tanya dulu karakter orang itu. Jika orangnya baik, tentu saya setuju Diana bernikah dengan Habib. Ternyata Habib orangnya baik dan saya berharap pernikahan mereka yang sederhana dapat menjadi contoh buat artis lain dan masyarakat," jelas David.
sumber: gua.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved